t=_blank>glitter-graphics.com

Sunday, June 3, 2012

sahabat atau kekasih



kisahnya bermula disini
saat kau muncul dalam hidupku
kau muncul secara tiba-tiba 
sehingga aku yakin,
"kuch-kuch hota hai "
antara kita....
setiap masa kita habiskan masa bersama
berbual, bersembang dengan mesra
tawa, duka dikongsi bersama
hanya dengan alat komunikasi
jauh tidak menjarakkan kita
sehingga aku rasakan 
perasaan ini semakin berkembang.
berkali-kali aku katakan
" Ek het jou lief"
tapi hanya aku bertepuk sebelah tangan
aku mengerti dan faham walaupun aku sedikit kecewa.

walaupun aku tahu kita tidak akan bersama
aku ingin kau tahu sejak dari dulu hingga ke hari ini
hanya kau cintaku
aku x pasti dan aku keliru
siapa aku dalam hidupmu
kehadiranmu
kesepiaanmu
sifat-sifat yang kau tonjolkan 
waktu itu
sangat mengelirukan hati dan perasaan ini
setiap kali kau muncul kau memberikan aku satu harapan
tapi kesepianmu membuatkan aku terkapai-kapai
perlukah aku kau perlakukan seperti ini
katakan padakukalau kau tidak sudi,
maka aku tidak akan mengharap

seandainya persahabatan yang kau inginkan
aku redha dengan  ketentuan
tapi persahabatan apakah ini???
kau datang dan pergi
seperti hujan dan angin
kau muncul dan hilang kembali
seperti halimunan
kalau keinginan mu inginkan persahabatan ini
biarlah kita menjadi jadi sahabat
yang sebenar-benarnya sahabat
jangan terus-terusan sepi, 
hilang hingga aku tertanya
kehadiran aku dalam hidupmu 
adakah aku.
hanya sebagai jeti persinggahan
bukan sahabat jauh sekali kekasih

kisah antara kita 
bukan sahabat jauh sekali kekasih
adakah akan tergantung seperti ini
katakan padaku
terangkan padaku 
ya atau tidak tentang hubungan kita







Tuesday, May 1, 2012

KELANGSUNGAN HIDUP

tatkala hidupku kucar dan kacir
hanya mampuku lakukan
menutup mataku 
dan menenangkan jiwa

tatkala hidupku menjadi haru biru
hanya mampuku lakukan
berdiam dan berdoa pada yang esa 
agar hatiku ditetapkan menghadapi dugaan yang kian perit

tatkala hidupku kosong
tersedar aku dari mimpi betapa sunyinya hidupku
kerana aku hilang arah 
hiudp kesimpang pada lahiriah
walau tidak pada zahirnya

tatkala hidupku diumpati
aku mampu tersenyum,
aku tidak menyalahkan mereka
biarlah apapun yang ingin mereka katakan
aku tahu siapa aku sebenarnya 
kerana aku adalah aku

tatkala hidupku kesimpang siur
aku hnya mampu memotivasikan diri
agar selalu tidak lupa pada kewajipanku
ingin sekali aku mengambil langkah pertama
agar dapat merubah jiwa dan naluriku
yang kian mengila

tatkala hidupku hanya pada dunia
aku menjadi alpa dan leka
seleka-lekanya
kandang aku terfikir 
betapa jahilnya aku kerana mengejar keduniaa
aku menjadi takut menghadapi padanya yang esa

sesungguhnya
kelangsungan hidupku didunia ini
penuh dengan pancaroba
ibarat pancaragam yang memainkan pelbagai permainan
yang melekakan
tanya pada hati kita
inginkah kita selamanya begini
tanpa arah dan jauh dari-NYA

Sunday, April 15, 2012

special for my friends




DI KALA MALAM HANYA BULAN DAN BINTANG
JADI PENEMAN
DIKALA SIANG MATAHARI MENYINARI CAHAYA ALAM


DIKALA SUNYI???
DIKALA KESORANGAN?
DIKALA SEDIH?
DI KALA GEMBIRA?
DIKALA RINDU?
SIAPA MENJADI TEMAN KITA?


Baru Intro TUEE.................

kisah dua hati...
masih bermain tarik tali
opss..bukan hati yang bermain tarik tali,
tapi pemilik dua hati ini...
mereka tidak tahu, atau tahu
satu hati boleh membaca hati yang satu lagi,
namum masih ada ketakutan dan keraguan
walau tahu hati masing-masing
ingin disayangi dan dicintai...

kisah dua hati
bertemu ketika, ada yang masih terguris dan kekosongan
akhirnya menjadi satu
namun masih senyap membisu
mungkin kerana malu atau taku
siapa tahu apa yang bermain dihati mereka,
hanya mereka yang tahu
dan yang maha esa

kisah dua hati ,
menjadi sahabat dan teman
saling berkongsi minat yang sama
saling melengkapi,
menjadi teman rapat,
namun siapa tahu disebalik itu
dua hati merasakan debaran yang sama,

kisah dua hati
merasakan bahagia,
namun masing-masing takut akan bertepuk sebelah tangan...
namun disaat bertentangan mata hati menjadi satu,
disaat berjalan seiring hati dan bergembira bersama
dua hati bagai ingin menyatakan keinginan,
namun masih ada satu tembok
yang menghalang...
tiada siapa tahu tembok apa,
hanya mereka tahu
kerana mereka pemilik dua hati itu...

kisah dua hati ,
dibina atas nama persahabatan
saling ingin kenal,
saling memberi kepercayaan dan keyakinan
agar disaat dua hati bersatu
tiada lagi keraguan yang mengekori...


kisah dua hati,
tiada siapa tahu,
siapa kah pernah memiliki hati mereka??
siapa tahu dua hati ini pernah dilukai atau pernah melukai..
siapalah kita yang mampu melawan takdir
percayalah
"yang patah tumbuh, yang hilang berganti"
kalau pernah bersedih,gantinya gembira
kalau pernah terluka, gantinya sembuh
kalau hati pernah terkunci, bukalah semula..


kisah dua hati,
masih bermain tarik tali
pada zahirnya takut
namun siapa mampu menipu hati sendiri
kalau sudah cinta dan sayang
nyatakan sejujurnya
kalau benar jujur,
jaga dan hargai.......


KISAH DUA HATI,
SIAPA TAHU PENGHUJUNG CERITA MEREKA
KISAH DUA HATI
SIAPA TAHU,SIAPA MEREKA
KISAH DUA HATI
SETIAP INSAN PUNYAI HATI'
KISAH DUA HATI
SALING PERLU,
JANGAN BERMAIN TARIK TALI LAGI!!!!!!



p/s: puisi ini tidak seindah puisi-puisiku yang lain...walau kata dan bahasa tidak seindah bunga dandelion,tapi puisi ini punya kisah sendiri...khas buat sahabatku..mohon maaf kalau keterlaluan hehehe..tp klu btul sengih2 la sikit...

Thursday, February 23, 2012

tanpa berpaling

kau pergi

setelah bahagia,kau pergi tanpa berpaling
ke arah ku lagi
senyumanmu bersinar indah dismaping sidia
kau tersenyum bahagia,
seolah-olah selama ini aku tidak pernah wujud

kini,
kau gembira dan akulah yang menangis dalam diam
kini,
kau pergi dan akulah yang derita
kini,
antara kita sudah hilang talinya
dan akulah yang terjerut dgn tali yang
kau pernah ciptakan

aku gembira kau bahagia
tapi aku derita kerana
kau gembira tanpa memohon maaf dariku
aku sedih kerana kau lupa
perasaanku,
aku jadi sakit kerana kau lupa
pada aku..
kenapa?kenapa?
tiada secebis ayat kau berikan padaku
selepas kau mengecapi bahagia
kenapa?
kau biarkan aku begini??
sampai kapan aku harus memendam perasaan
menipu diri sendiri,
aku silap kerana menyintaimu
menyayangimu,tanpaku tahu kau meninggalkanku,
tanpa berpaling lagi

Friday, February 10, 2012

aku,dia dan kamu

(ketika rasa tidak ingin meluka)
aku, dia dan kamu
aku dan kamu
dia dan kamu
percintaan sebegini pernah membuat kita bahagia
walau tidak ketahuan
aku dan kamu
pernah berkongsi satu cinta
berkongsi satu memori
tapi di antara aku, dia dan kamu
hanya yang ada dia dan kamu
kewujudanku hanya satu kesilapan yang melukakan hati kita
cukup sudah aku mencuri hatimu dari dia...
kini aku kembalikan kepada si dia yang
sangat mencintaimu
dia dan kamu tiada aku
kamu dan dia hanya ada cinta dan rindu
berjanjilah padaku,
agar kau pulangkan hati yangku curi satu ketika dahulu
hanya dia yang mampu memiliki hatimu

(ketika hati terluka dan hipokrit)
mampukah aku
menghilangkan setiap detik bersamamu
mampukah aku
meghadapi hari esok
bersama kenangan yang masih
terbayang di mata dan ingatanku
walau aku melepaskanmu
tapi hati sangat sakit
tidak bermaya rasanya menghadapi hari esok
tapi apakan daya aku
bagaikan pungguk merindukan bulan
bagai menanti bulan jatuh keriba
akan ku tahan rasa hati
untuk melihat kau berbahagia bersamanya

(ketika hati cuba melepaskan walau terseksa)
selamat berbahagia bersama dia
biarlah aku pergi dari hidupmu
kebahagiaanmu kebahagianku jua
aku pinta padamu...
biarlah ku simpan renunganmu
biarlah ku simpan kenangan saat kau mencium wangiku
biarlah ku simpan saat-saat kau memeluk tubuhku
biarlah ku simpan memori ketika kau memimpin tanganku
akan ku simpan dan mainkan lagu cinta kita
kerana kamu pacar terbaikku..
walaupun 7 hari aku cuba membuang perasaanku
namun aku pasti membuang rasa cinta padamu hanya sia-sia
kerana aku sangat mencintaimu
akan ku simpan perasaan ini...
sehingga aku berjumpa insan yang mampu menghilangkan
rasa cintaku padamu..

p/s: puisi ini diadaptasi dari sebuah novel indon...cerita cinta tiga segi si gadis pencuri hati....

Sunday, January 8, 2012

dari dia untukku

Ku Masih Merindui Mu


Artist: Junction
Tertitis manik manik
Air yang seakan
Melagukan irama duka
Menusuk di kalbu

Gemersik dedaunan
Ditiup sang bayu
Yang membuai perasaan
Ku yang kesepian

Seumpama titis air
Dan gemersik kedaunan
Begitulah hati ini
Semenjak perpisahan

Ku lalui hari hari sepi
Tanpa belai kasihmu ku impikan
Memorikan kekal selamanya

Dari kejauhan ini
Aku mengharap beritamu
Biar cuma di angin yang lalu
Biar hanya alunan suaramu bahagia
Milikku ketika itu

Ku masih merindui mu
p/s lagu ni lagu lama..tp liriknya sngt2 menyentuh hati....