t=_blank>glitter-graphics.com

Tuesday, September 4, 2012

3 serangkai




3 serangkai
ada tiga rangkaian yang sukar dililit dan dihuraikan
setiap satunya menyimpan seribu satu rahsia
saling memahami, antara satu sama lain
walau hanya dengan renungan
masing-masing tahu apa yang terbuku dihati.

3 serangkai
setiap satunya ada kelebihan dan kekurangan
tapi saling melengkapi, saling memerlukan
bila menyayangi tak akan ada lagi benci
bila gembira sentiasa akan gembira
dan bila terluka sama-sama terluka

3 serangkai
bukan mudah mewujudkan rangkainnya
bukan mudah menghuraikan lilitannya
kerana keikhlasan dari hati
menguatkan setiap akar dan intipatinya

3 serangkai
ialah persahabatan yang ikhlas dan suci
renunglah mata mereka, ada keikhlasan yang
tidak kita miliki

3 serangkai
persahabatan yang sering disalahertikan
tapi tetap ukuh kerana kasih sayang yang dibajai
bukan denga kasih, tapi dengan keikhlasan, kesetiaan,
tolak ansur, dan saling memahami.


sahabat itu wujudnya tiga serangkai
sahabat itu ialah bersama-sama
sahabat itu tidak ada perkataan " TAMAT TEMPOH"