t=_blank>glitter-graphics.com

Tuesday, May 1, 2012

KELANGSUNGAN HIDUP

tatkala hidupku kucar dan kacir
hanya mampuku lakukan
menutup mataku 
dan menenangkan jiwa

tatkala hidupku menjadi haru biru
hanya mampuku lakukan
berdiam dan berdoa pada yang esa 
agar hatiku ditetapkan menghadapi dugaan yang kian perit

tatkala hidupku kosong
tersedar aku dari mimpi betapa sunyinya hidupku
kerana aku hilang arah 
hiudp kesimpang pada lahiriah
walau tidak pada zahirnya

tatkala hidupku diumpati
aku mampu tersenyum,
aku tidak menyalahkan mereka
biarlah apapun yang ingin mereka katakan
aku tahu siapa aku sebenarnya 
kerana aku adalah aku

tatkala hidupku kesimpang siur
aku hnya mampu memotivasikan diri
agar selalu tidak lupa pada kewajipanku
ingin sekali aku mengambil langkah pertama
agar dapat merubah jiwa dan naluriku
yang kian mengila

tatkala hidupku hanya pada dunia
aku menjadi alpa dan leka
seleka-lekanya
kandang aku terfikir 
betapa jahilnya aku kerana mengejar keduniaa
aku menjadi takut menghadapi padanya yang esa

sesungguhnya
kelangsungan hidupku didunia ini
penuh dengan pancaroba
ibarat pancaragam yang memainkan pelbagai permainan
yang melekakan
tanya pada hati kita
inginkah kita selamanya begini
tanpa arah dan jauh dari-NYA