t=_blank>glitter-graphics.com

Wednesday, March 30, 2011

lirik lagu

Cintamu Muzik Dihatiku

Artist: Anita Sarawak
Siapakah dirimu
Yang hadir kala ku sepi
Kerana kau menyentuh jiwaku
Bagaikan lagu merdu
Kau merawat sepiku
Kau membisikan kau cinta padaku
Dulu aku dibelenggu
Duka kenangan lalu
Namun hadir mu menghulurkan satu keindahan

Cinta mu muzik di hatiku
Berlagu di dalam hidupku
Yang melenyapkan satu kedukaan
Cinta mu muzik di hatiku
Berputar tanpa rasa jemu
Dan menemani jiwa/diri ku yang sepi
Sungguh indah
Irama mu melembutkan hati ini

Pernah ku lafazkan
Tak mengulanginya
Tapi takdir-Nya siapa menduga
Untuk kali kedua
Ku kembali bercinta
Bercucuran lembut memukau hatiku
Dulu aku dibelenggu duka kenangan lalu
Namun hadir mu menghulurkan satu keindahan

Cinta mu muzik di hatiku
Menjadi nada nada rindu
Yang berpanjangan bawa kedamaian
Cinta mu muzik di hatiku
Menyanyi di sudut jiwaku
Melahirkan satu pengharapan
Sungguh indah
Irama mu melembutkan hati ini
by: citra nohana ..nice lirik

kau deritakan hati ku




kau deritakan hatiku
adakah kau fikirkan semua itu?
kau deritkan hatiku
kau sedarkah semua itu?
kau deritakan hatiku
adakah kau ambil peduli tentang diriku?
tentang perasaanku menanti mu,
kau deritkan hatiku
kau telah mungkir janji padaku
kau deritkan hatiku
kerana kesepianmu
kau deritakan hatiku
bila kau tidak menjawab panggilanku
yang berpuluh-puluh kali
kau deritakan hatiku
bila kau membuat aku menangis dalam diam
kau deritakan hatiku
bila kau mencabar ketabahanku
kau deritakan hatiku
bila kau biarkan aku sendirian di sini,dalam dilema
kau deritakan hatiku
bila kau biarkan aku menanti dengan harapan
kau deritakan hatiku
tnapa kau fahami hati ini
kau deritakan hatiku
bila kau biarkan aku seorang diri menegakan cinta kita
kau deritkan hatiku
bila kau biarkan aku melakar puisi ini dengan airmata..
dan akhirnya
kau deritkan hatiku
bila kau biarkan aku memutuskan hubungan kita...

tidak cukup lagi dengan kisah dahulu,
kau tambah kisah baharu
yang meragut cintaku
aku bersabar dan bersabar
menanti dan menanti
menunggu dan menunggu
menangis dan menangis
sampai bilakah kau deritakan hatiku
sampai hatiku tertutup untukmu
atau sampai buta mataku
untuk melihat wajah mu
atau sehingga akhirnya aku tiada lagi...

kerana cinta sebegini
aku lemah tidak bermaya
aku tersenyum tanpa perasaan
aku gembira tanpa kebahagiaan...
andai ini yang kau pinta
aku relakan
pergilah mencari jalan hidupmu sendiri
kau bukan milikku,
dan aku bukan milikmu
biarkan kenangan kita menjadi satu memori indah
yang tiada akhirnya,kerana memori kita tiada mulanya...

kalau kau baca puisi ini,
mungkin ketika ini
aku sudah menutup pintu hatiku
tiada lagi kata-kata mesra dariku
mungkin juga ketika ini aku sduah tidak mengenalimu
atau ketika ini kau tidak dapat menghubungiku
hanya satu yang aku ingin katakan padamu
mencintaimu satu kebahagian yang tiada berpenghujung,
merinduimu satu detik-detik indah
memahamimu satu cabaran hatiku
menantimu memberikan aku kesabaran
menangis kerana mu menguatkan hatiku
akhir sekali maafkan aku kerana menutup pintu hati ini...

by: CITRA NOHANA
      31 MARCH 2011
      1.15 AM

Tuesday, March 1, 2011

semalam dan hari ini







semalam,
kita ibarat isi dan kuku
dimana ada engkau di situ ada aku

semalam,
kita sama-sama berdiskusi
tentang segala macam dunia

semalam,
kita ketawa dan bergembira bersama
mengharungi hari-hari berikutnya

semalam,
kita menangis bersama
tatkala luka di hati kita

di akhir semalam,
hari berlalu begitu sahaja
tanpa menoleh pada kita
masa dan detik bersama
tidak dapat diputar kembali...

hari ini,
kau ke sana dan aku ke sini
kau di atasa dan aku tiada lagi di sisimu..

hari ini,
aku ibarat tidak wujud dalam duniamu
tiada lagi diskusi,kerana tempatku terganti

hari ini,
tiada lagi senyum dan tawa,
tiada lagi tangisan bersama
hanya yang ada ketegangan di hati,
mungkinkah kita terluka sesama sendiri
atau akulah yang bersalah

hari ini,
aku seorang diri,
mengharungi onak duri,
dan kau disana
 bersama teman baru dan melangkah seperti aku melangkah...

hari ini,
aku menangis sendirian
menyimpan derita di hati
tanpa kau temani

hari ini,
aku sedar siapa diri ku,
hanya perantau sendirian
aku sedar,
aku teman tanpa nama di duniamu

dah hari ini,
entah bila kan berakhir,
masa menentukan segalanya
adakah kau dan aku masih seperti dulu,
adakah aku akan kesorangan selama-lamanya
dan adakah aku perlu pergi dari sisimu..

by: CITRA NOHANA