Tuesday, March 1, 2011
semalam dan hari ini
semalam,
kita ibarat isi dan kuku
dimana ada engkau di situ ada aku
semalam,
kita sama-sama berdiskusi
tentang segala macam dunia
semalam,
kita ketawa dan bergembira bersama
mengharungi hari-hari berikutnya
semalam,
kita menangis bersama
tatkala luka di hati kita
di akhir semalam,
hari berlalu begitu sahaja
tanpa menoleh pada kita
masa dan detik bersama
tidak dapat diputar kembali...
hari ini,
kau ke sana dan aku ke sini
kau di atasa dan aku tiada lagi di sisimu..
hari ini,
aku ibarat tidak wujud dalam duniamu
tiada lagi diskusi,kerana tempatku terganti
hari ini,
tiada lagi senyum dan tawa,
tiada lagi tangisan bersama
hanya yang ada ketegangan di hati,
mungkinkah kita terluka sesama sendiri
atau akulah yang bersalah
hari ini,
aku seorang diri,
mengharungi onak duri,
dan kau disana
bersama teman baru dan melangkah seperti aku melangkah...
hari ini,
aku menangis sendirian
menyimpan derita di hati
tanpa kau temani
hari ini,
aku sedar siapa diri ku,
hanya perantau sendirian
aku sedar,
aku teman tanpa nama di duniamu
dah hari ini,
entah bila kan berakhir,
masa menentukan segalanya
adakah kau dan aku masih seperti dulu,
adakah aku akan kesorangan selama-lamanya
dan adakah aku perlu pergi dari sisimu..
by: CITRA NOHANA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment