t=_blank>glitter-graphics.com

Friday, February 18, 2011

JALAN KEHIDUPAN




aku menyusur jalan kehidupan...
di awal perjalananku,
aku melalui satu jalan,
di mana aku menyusur arus pembangunan,
aku lihat bangunan pencakar langit tegak berdiri,
mencapai langit yang tinggi,
namun di bawah bangunan-bangunan itu,
aku lihat begitu ramai manusia yang kehilangan arah,
merayu,meratap minta di kasihani,
asap-asap kelabu memenuhi sepanjang jalan,
tiada lagi pohon-pohon rimbun untuk berteduh,
lalu aku tinggalkan laluan itu,
kerana hati ku tidak tahan melihat kerosakan dan kesesakn..

ketika aku meninggalkan arus pembangunan,
satu jalan terbuka untuk ku,
aku perhatikan jalan ini...lalu aku berkata
jalan ini jalan berliku,penuh rimbunan pohon naungan,
lembah ini penuh dengan makhluk yang liar tapi,
mungkin jalan ini membawa seribu ketenangan padaku...
lalu aku melalui lembah itu,
di awal perjalankun, perasaan ku tenang dan damai
dengan keindahan ciptaan tuhan,
pelbagai hidupan ku temui,
masing-masing memerlukan antara satu sama lain
mengakui kewujudan mahkluk-makhluk yang lain..
di akhir perjalanan ku,
lembah yang ku lalui musnah di mamah bumi,
pohon-pohon rimbun jatuh kebumi,
aliran sungai menjadi kacau bilau..
baru ku sedar di satu sudut lembah itu,
ada manusia yang cuba untuk membina satu arus pembangunan..
dengan perasaan sedih aku tinggalkan lembah itu,

dua arus dan jalan telah ku lalui,
kedua-duanya musnah dan pergi..
di saat aku menyambung perjalanan ku,
aku berjumpa seorang pengembara,
sama seperti aku, mencari jalan kehidupan,
kami sama-sama merantau,menempuhi onak duri kehidupan
setiap kali aku memandang wajahnya,
terselit satu senyuman dan keceriaan di wajahnya
walaupun begitu hebat cabaran yang ditempuhi..

Apabila, kami berjalan mencari semula jalan kehidupan
kami terpisah kerana dia memilih jalan di sebelah kanan.dan aku di kiri..
katanya kita akan bertemu semula di hujung jalan kehidupan....
dan kami pun meneruskan perjalanan dengan pilihan masing-masing

ketika aku mencari jalan kehidupan seterusnya
ku temui jalan ragam manusia dan aku melangkahkan kaki ku kedalam
dengan harapan ada sesuatu yang akan ku temui di sini
aku lalui setiap jalan-jalan kecil dan pekan-pekan kecil yang ada di situ
di mana setiap kali aku lalui jalan-jalan kecilnya
setiap satunya punya ragam manusia yang berbeza dan berlainan..
ada ragam manusia,di mana wajahnya baik tapi hatinya busuk
ada pula yang aku temui wajahnya sentiasa tersenyum tapi hatinya penuh kecelaruan
malah ada juga ragaam manusia aku temui, mereka sentiasa merasakan diri mereka hebat..
..lalu aku menyusur lagi dan ku temui sebuah pekan yang besar dari pekan sebelumnya...
di situ ku lihat setiap ragam manusia saling bercakaran sesama mereka,
tidak sehaluan , tapi di satu sudut ada ragam manusia sehaluan
mereka bergembira.bersuka ria, tapi tiada haluan hidup..
dan aku berdiri di tegah-tengah ragam-ragam itu...
mereka bagaikan berputar-putar mengelilingiku...
dan aku berfikir dan berkata di dalam hatiku...
ragam mana satu ialah ragamku...
di kiri atau kanan.di atas atau bawah...
lalu aku jatuh dalam mencari ragam kehidupanku sebagai manusia...

ketika aku mencelikan mataku...
aku cuba lari dari jalan ini,namun kaki ku bagai di sekat,
hati ku bagai mahu keluar ketika aku cuba keluar dari jalan ini
kerana itu aku kekalkan perjalanku di sini
dengan harapan mungkin ada sesuatu yang cuba tuhan tunjukkan padaku
aku bangun kembali, meneruskan perjalanan ku di jalan ini..
satu sudut,di tempat yang tinggi ku lihat
seseorang yang ku kenali berdiri dengan megah
melaungkan kata-kata penuh semangat
penuh ilham dan tegas
dia adalah si pengembara dahulu
aku temui dia di jalan ini, penuh ragam manusia
lalu dia ku sapa...
tanpa senyum dan ceria dia
memberi satu kata-kata padaku..
dan aku terkedu tanpa kata-kata...
tiada lagi keceriaan di wajahnya
tiada lagi senyuman di bibirnya
hanya keletihan dan kesedihan terbit dari matanya yang layu..
dia menjadi seseorang yang sudah tidak ku kenali..
aku lihat ragam manusia di sekelilingku..
baru aku sedar di jalan ragam manusia ini sesiapa pun boleh berubah
bezanya ragam itu baik atau buruk..

setelah puas ku tatap wajahnya yang tidak bermaya,
aku memohon diri,meninggalkan dia..
lalu ku susuri lagi jalan kehiudpan seterusnya..
ketika aku memerhatikan di luar tempat ku berpijak,
satu soalan terbit dari hati dan fikiran ku...
kalau mereka ini adalah aku.mungkinkah mereka akan berfikir seperti aku
seandainya mereka adalah aku,adakah aku juga salah satu dari pada ragam manusia
di muka bumi ciptaan ALLAH s.w.t ini..allahualam..

by: CITRA NOHANA
P/S:renungilah,hayatilah, dan fahamilah...anda akan faham apa yang cuba CITRA sampaikan

Friday, February 4, 2011

selamat hari lahir



sahabatku ini sentiasa tersenyum dan gembira,
telatah dan sandiwaranya menceriakan kami,
sahabatku ini tiada duka dan lara,
kerana dibibirnya sentiasa terukir sebuah senyuman
yang mekar menghiasi wajahnya yang manis,
sahabatku ini ceria orangnya...
kalau marah pun jarang sekali
dan seingat-ingatku,
belum pernah lagi aku melihatnya marah seperti singa atau harimau
kerana dia tidak pernah membiarkan hatinya marah
malah sentiasa senyum dan ceria...
sahabatku ini,jarang sekali menceritakan isi hatinya,
tidak pernah menceritakan derita atau dukanya
kerana dia tidak mahu sahabat-sahabatnya sedih,
sahabatku ini pandai menceriakan orang disekelilingnya
walau dengan sepatah perkataan,
pasti akan menceriakan dan melucukan
sahabatku ini anak kesayangan keluarganya...
bukan kerana dia anak bongsu,tetapi
tingkahlakunya yang mencuit hati..
hari ini adalah hari jadinya 5 febuari,
selamat hari jadi yang ke-22 tahun
kau umpama lilin dihati kami,
kalaupun suatu hari kita berpisah,
lilin ini akan sentiasa menyala dihati kami,
walaupun ia padam namun,
keceriaanmu menjadi ganti
lilin dihati kami...
suatu hari nanti,kau akan menjadi pendidik
didiklah anak-anak muridmu
dengan rasa gembira dan ceria
terangilah mereka seperti kau menerangi
hidup keluarga dan sahabat-sahabatmu...

p/s:sya izati selamat hari lahir..kalau ada perkataan  yang menguris hati jangan marah nanti tak comel...
  dari CITRA to SYA IZATI...


by:CITRA NOHANA

Wednesday, February 2, 2011

apa terjadi bila kecewa bercinta....



salam persahabatan,salam satu impian dan cita....

hari ini ada sesiapa yang kecewa bercinta???..mesti rasa nak nangis jer kan...
CITRA dah pernah lalu situasi tu....cinta tipu,cinta tak kesampaian dan cinta terakru....CITRA dah pernah menangis dan kecewa..bukan sekali tapi berkali-kali...
ermm..tapi semua tu lumrah bercinta..nama pun cinta sesama manusia yang bukan muhrim...so,kalau tak yakin dengan cinta tu,jangan sesuka hati je bagi kehormatan diri...DANGER!!!!...
 kalau nak dating pun dating la cara yang sopan dan menjaga kehormatan....
hhehe....sebenarnya CITRA nak bagitahu ataupun sebenarnya nak bagi pendapat melalui pengalaman...ceh!!!tapi CITRA bukan pakar CINTA,
kalau nak terima CITRA hargainya,kalau tak itukan hak masing-masing...
dulu kawan-kawan CITRA kata, first LOVE susah nak dilupakan...dulu pun CITRA fikir macamtu juga...bila nak lupakan first love CITRA masti rasa rindu yang menebal..tiba-tiba teringat kenangan manis..heheh..tapi sekarang alhamdullilah CITRA berjaya melupakannya...opsss...bukan melupakan tapi menjadikan ia sesuatu daripada kitaran hidup....atau lebih ringkas menjadikan satu kebiasaan...macam kita mandi,kan itu memang kebiasaan kita...lumarah kita mesti mandi..so menjadi rutin...bukanlah maksud CITRA jadikan kekecewaan tu satu kebiasaan...tak akanlah nak couple setiap hari,nak putus setiap hari kan....cuma jadikan si dia tu sudah menjadi lumrah hidup,datang dan pergi....ingat bila ALLAH S.W.T megambil sesuatu dari kita akan ada sesautu yang jadi pengantinya,malah lebih baik....macam kita mesti hari ini akan lebih baik dari semalam....
tapi bila kita asyik teringatkan SI DIA,tak kisah lah cinta pertama,kedua ke ketiga ke...jangan jadikan mereka ni penghalang untuk kita meneruskan hidup....kita hidup bukan untuk mereka-mereka yang berkenaankan....
mesti korang tahu korang hidup untuk apa....

Kalau kita rasa tertipu kerana CINTA,fikirkan kembali kenapa kita tertipu?sebab bagi 100% kepercayaan,kesetiaan,dan sebagainya kepada si dia....kalau CINTA kita tak kesampaian,jangan fikir negatif,fikir positif ada hikmah di sebaliknya..tidak semestinya kita mencintai sesorang kita akan memiliki...

kecewa hari ini,pasti bahagia hari esok.....cuma masa dan waktu menentukannya...kita kecewa atau bahagia....

ssenyum itu pengubat duka,gembira itu memgubat lara,doa kepada ALLAH s.w.t pengubat segalanya....
kalau kecewa hari ini,pastikan tidak kecewa keesokkan harinya....

good luck for our life....wonderful life