t=_blank>glitter-graphics.com

Thursday, February 23, 2012

tanpa berpaling

kau pergi

setelah bahagia,kau pergi tanpa berpaling
ke arah ku lagi
senyumanmu bersinar indah dismaping sidia
kau tersenyum bahagia,
seolah-olah selama ini aku tidak pernah wujud

kini,
kau gembira dan akulah yang menangis dalam diam
kini,
kau pergi dan akulah yang derita
kini,
antara kita sudah hilang talinya
dan akulah yang terjerut dgn tali yang
kau pernah ciptakan

aku gembira kau bahagia
tapi aku derita kerana
kau gembira tanpa memohon maaf dariku
aku sedih kerana kau lupa
perasaanku,
aku jadi sakit kerana kau lupa
pada aku..
kenapa?kenapa?
tiada secebis ayat kau berikan padaku
selepas kau mengecapi bahagia
kenapa?
kau biarkan aku begini??
sampai kapan aku harus memendam perasaan
menipu diri sendiri,
aku silap kerana menyintaimu
menyayangimu,tanpaku tahu kau meninggalkanku,
tanpa berpaling lagi

Friday, February 10, 2012

aku,dia dan kamu

(ketika rasa tidak ingin meluka)
aku, dia dan kamu
aku dan kamu
dia dan kamu
percintaan sebegini pernah membuat kita bahagia
walau tidak ketahuan
aku dan kamu
pernah berkongsi satu cinta
berkongsi satu memori
tapi di antara aku, dia dan kamu
hanya yang ada dia dan kamu
kewujudanku hanya satu kesilapan yang melukakan hati kita
cukup sudah aku mencuri hatimu dari dia...
kini aku kembalikan kepada si dia yang
sangat mencintaimu
dia dan kamu tiada aku
kamu dan dia hanya ada cinta dan rindu
berjanjilah padaku,
agar kau pulangkan hati yangku curi satu ketika dahulu
hanya dia yang mampu memiliki hatimu

(ketika hati terluka dan hipokrit)
mampukah aku
menghilangkan setiap detik bersamamu
mampukah aku
meghadapi hari esok
bersama kenangan yang masih
terbayang di mata dan ingatanku
walau aku melepaskanmu
tapi hati sangat sakit
tidak bermaya rasanya menghadapi hari esok
tapi apakan daya aku
bagaikan pungguk merindukan bulan
bagai menanti bulan jatuh keriba
akan ku tahan rasa hati
untuk melihat kau berbahagia bersamanya

(ketika hati cuba melepaskan walau terseksa)
selamat berbahagia bersama dia
biarlah aku pergi dari hidupmu
kebahagiaanmu kebahagianku jua
aku pinta padamu...
biarlah ku simpan renunganmu
biarlah ku simpan kenangan saat kau mencium wangiku
biarlah ku simpan saat-saat kau memeluk tubuhku
biarlah ku simpan memori ketika kau memimpin tanganku
akan ku simpan dan mainkan lagu cinta kita
kerana kamu pacar terbaikku..
walaupun 7 hari aku cuba membuang perasaanku
namun aku pasti membuang rasa cinta padamu hanya sia-sia
kerana aku sangat mencintaimu
akan ku simpan perasaan ini...
sehingga aku berjumpa insan yang mampu menghilangkan
rasa cintaku padamu..

p/s: puisi ini diadaptasi dari sebuah novel indon...cerita cinta tiga segi si gadis pencuri hati....