t=_blank>glitter-graphics.com

Friday, February 10, 2012

aku,dia dan kamu

(ketika rasa tidak ingin meluka)
aku, dia dan kamu
aku dan kamu
dia dan kamu
percintaan sebegini pernah membuat kita bahagia
walau tidak ketahuan
aku dan kamu
pernah berkongsi satu cinta
berkongsi satu memori
tapi di antara aku, dia dan kamu
hanya yang ada dia dan kamu
kewujudanku hanya satu kesilapan yang melukakan hati kita
cukup sudah aku mencuri hatimu dari dia...
kini aku kembalikan kepada si dia yang
sangat mencintaimu
dia dan kamu tiada aku
kamu dan dia hanya ada cinta dan rindu
berjanjilah padaku,
agar kau pulangkan hati yangku curi satu ketika dahulu
hanya dia yang mampu memiliki hatimu

(ketika hati terluka dan hipokrit)
mampukah aku
menghilangkan setiap detik bersamamu
mampukah aku
meghadapi hari esok
bersama kenangan yang masih
terbayang di mata dan ingatanku
walau aku melepaskanmu
tapi hati sangat sakit
tidak bermaya rasanya menghadapi hari esok
tapi apakan daya aku
bagaikan pungguk merindukan bulan
bagai menanti bulan jatuh keriba
akan ku tahan rasa hati
untuk melihat kau berbahagia bersamanya

(ketika hati cuba melepaskan walau terseksa)
selamat berbahagia bersama dia
biarlah aku pergi dari hidupmu
kebahagiaanmu kebahagianku jua
aku pinta padamu...
biarlah ku simpan renunganmu
biarlah ku simpan kenangan saat kau mencium wangiku
biarlah ku simpan saat-saat kau memeluk tubuhku
biarlah ku simpan memori ketika kau memimpin tanganku
akan ku simpan dan mainkan lagu cinta kita
kerana kamu pacar terbaikku..
walaupun 7 hari aku cuba membuang perasaanku
namun aku pasti membuang rasa cinta padamu hanya sia-sia
kerana aku sangat mencintaimu
akan ku simpan perasaan ini...
sehingga aku berjumpa insan yang mampu menghilangkan
rasa cintaku padamu..

p/s: puisi ini diadaptasi dari sebuah novel indon...cerita cinta tiga segi si gadis pencuri hati....

No comments:

Post a Comment