t=_blank>glitter-graphics.com

Wednesday, July 17, 2013

NEW BEGINNING FOR A NEW START

ASSALAMMULAIKUM SEBAGAI PEMBUKA BICARA...

LAMANYA TAK SENTUH BLOG NI...SELEPAS PELBAGAI PERSITIWA YANG BERLAKU
SEKALI LAGI JARI JEMARI INI MENARI DI ATAS KEYBOARD UNTUK BERKONGSI CERITA DAN PUSISI...TIDAK KISAHLAH KISAH ITU KISAH DIRI KU ATAU KISAH ORANG LAIN YANG BOLEH AKU JADIKAN PENGAJARAN DALAM HIDUP INI....

ALHAMDULLILAH....PENGAJIAN SUDAH BERAKHIR WALAUPUN AKU BERSEDIH KERANA TIDAK DAPAT MEMBERIKAN IJAZAH KELAS PERTAMA KEPADA KEDUA ORANG TUAKU..AKU MASIH BERSYUKUR KERANA AKU MASIH MAMPU MEMBERIKAN MEREKA SIJIL IJAZAHKU....

SEKIAN LAMA AKU MENGIMPIKANNYA..TERMAKBUL JUGA NIATKU UNTUK MEMBERIKAN MEREKA IJAZAH....SEJAK AKU LAHIR SEHINGGALA USIA 24 TAHUN INILAH SATU-SATUNYA BUKTI YANG AKU BOLEH BERIKAN KEPADA MEREKA...

SELAMA 4 TAHUN PENGAJIAN INI PELBAGAI KISAH AKU CIPTAKAN 
PELBAGAI CERITA DAN KENANGAN YANG AKU LUKISKAN DI DALAM DIARI HIDUPKU..
SEKARANG AKU SEDAR TANGGUNGJAWAN KEPADA KEDUA IBU BAPA ITU LEBIH PENTING DARIPADA MENCARI PASANGAN HIDUP...

HEHEHE.....SEANDAINYA ADA JODOH DI ANTARA AKU DAN DIA DI LOHMAHFUZ BIARLAH TAKDIR MENENTUKAN SEGALANYA...BIARLAH KETIKA INI AKU BERBAKTI PADA ORANG TUAKU...

SATU LAGI SEJAK BEBERAPA 2 MINGGU YANG LALU...TANPA AKU SEDARI HATIKU TERCARIK DAN TERGORES....WALAUPUN TIADA AIRMATA...NAMUN DI SAAT MELELAPKAN MATA AIRMATA TETAP MENITIS...

SEMALAM KETIKA AKU BANGUN BERSAHUR KAWAN AKU MENDENGARKAN AKU LAGU INI...DAN IA BEANR2 TERKENA BATANG HIDUNG SENDIRI....

Saturday, March 9, 2013

insan




aku adalah insan
lemah dalam segala segi
aku adalah insan
yang hanya mamapu memendam perasaan
aku adalah insan
naif dan mudah tersinggung
aku adalah insan
tidak pandai bermain rasa
aku adalah insan
yang lemah dalam menyedia
aku adalah insan
sangat malas bertekak
aku adalah insan
yang hanya dibentuk dan diumbang-ambing
aku adalah insan
sering disindir dan dikata
aku adalah insan
yang hanya mampu mendengar
aku adalah insan
yang hanya mampu tersenyum
aku adalah insan
yang hanya ingin mencapai cita-cita
aku adalah insan yang ingin disayangi
aku adalah insan
yang cuba berubah dari negatif kepada positif....

by: citra nohana

Tuesday, September 4, 2012

3 serangkai




3 serangkai
ada tiga rangkaian yang sukar dililit dan dihuraikan
setiap satunya menyimpan seribu satu rahsia
saling memahami, antara satu sama lain
walau hanya dengan renungan
masing-masing tahu apa yang terbuku dihati.

3 serangkai
setiap satunya ada kelebihan dan kekurangan
tapi saling melengkapi, saling memerlukan
bila menyayangi tak akan ada lagi benci
bila gembira sentiasa akan gembira
dan bila terluka sama-sama terluka

3 serangkai
bukan mudah mewujudkan rangkainnya
bukan mudah menghuraikan lilitannya
kerana keikhlasan dari hati
menguatkan setiap akar dan intipatinya

3 serangkai
ialah persahabatan yang ikhlas dan suci
renunglah mata mereka, ada keikhlasan yang
tidak kita miliki

3 serangkai
persahabatan yang sering disalahertikan
tapi tetap ukuh kerana kasih sayang yang dibajai
bukan denga kasih, tapi dengan keikhlasan, kesetiaan,
tolak ansur, dan saling memahami.


sahabat itu wujudnya tiga serangkai
sahabat itu ialah bersama-sama
sahabat itu tidak ada perkataan " TAMAT TEMPOH"





Monday, July 30, 2012

kehancuran hatiku

aku terluka lagi
sungguh hatiku masih sakit
setiap kali aku memikirkannya
airmata mengalir tanpa henti

aku kecewa lagi
dengan cinta sebegini
disaat hati ku mengecapi bahagia
saat itu juga kesedihan datang mengelilingiku

hatiku hancur
terluka dan berdarah
mengapa saat ini kau menghancurkan hatiku
apa salahku
sehingga di antara kita ada orang kedua

jiwaku seakan pergi
kerana penipuan yang kau berikan padaku
walaupun kita masih bersama
di sudut hatiku 
masih rasa sakit dan hancur

sungguh semakin hari aku meragui dirmu
semakin lama aku bosan dengan ulahmu
kenapa kau perlakukan aku seperti ini

ku tabahkan hatiku
ku yakinkan hatiku
dalam menjalani kehidupan
kadang-kadang terasa ingin lari dari bandar
jauh darimu
dan pergi dalam hidupmu
mungkin kehadiranku
sudah tidak kau perlukan
dan kau juga semakin hari semakin asing dalam hatiku
sekali aku kecewa 
sukar untuk pulih
dan sekali kau kecewakan aku
aku berharap kau akan kecewa beganda-ganda

doaku moga suatu hari nanti akan ada insan yang menyakitimu
sama seperti kau menyakitiku
salah dan allah menbenci aku mendoakan semua itu
tapi apalagi yang dapatku lakukan
untuk membalas segala perbuatanmu
yang tidak dapat kumaafkan


Wednesday, July 25, 2012

benar guru itu ibarat lilin

aku ingin menjadi pendidik,
kepada anak bangsa
bukan kerana kerjaya semata- mata
tapi atas rasa tanggungjawab pada mereka

aku ingin menjadi pendidik,
agar anak bangsa kenal erti hidup
agar mereka tahu kehidupan tidak berakhir
dengan hanya satu kegagalan

disini aku mengorak langkah,
bermula disini
aku kenali ramai pelajar bermasalah
simpati menguasai diri
alangkah jauhnya arah tuju pelajar ini
sehingga tidak tahu
pekara buruk dan baik

saat aku merenung mata mereka
mereka ingin berjaya namun
tidak tahu caranya,
hanya yang mereka tahu
berhibur dan bebas
untuk menghilangkan tekanan

ku hulurkan bantuan seikhlas hati agar
masa depan mereka tidak hancur
tidak musnah di tengah perjalanan

ya allah...
bantulah hambamu ini,
melindungi dan mendidik mereka
agar berjaya hingga akhirnya..

Sunday, June 3, 2012

BIASAN SEMALAM


P/S:puisi ini diadaptasi dari sebuah cerpen...the story is simple but it's enough to make you cry..

lelaki,
setelah kau janjikan cinta dan perlindungan
kau tinggalkan aku...

lelaki,
setelah kau patahkan hatiku
setelah kau remukkan hatiku
kenapa kau
kembali menangih cinta
yang kau sia-siakan

saat itu,
ketika kita bersama,'
aku korbankan perasaanku
untuk menjaga hati dan perasaanmu

ketika itu,
aku hanya cintakan kamu
berjanji akan setia padamu
menjadi isteri dan ibu yang baik,

apa salahku,
kau putuskan cinta yang kita bina

apa salahku
sehingga aku kau tinggalkan

apa salahku
sehingga kau memilih sahabatku sendiri...

hilangnya sebuah kasih
hilang juga sebuah persahabatan
atas dusta yang kau tuliskan 
dalam hatiku

aku pergi 
dengan airmata
dengan luka yang teramat perit
bertahun aku memendam perasaan 
walau tiada dendam
hatiku masih sakit
saat aku teringat kisah biasan semalam


biasan semalam
menjadikan siapa diriku hari ini
aku bangkit dari kekecawan yang kau bina
menjadi seorang wanita yang kuat
biar kau sendiri mencari bahagia tanpa
kesetiaan cinta

biasan semalam menjadikan aku
lebih baik dari dulu,
aku bukan wanita yang kau kenal dulu
lemah,selekeh dan tidak bercita-cita
wanita itu sudah aku buang
untuk menjadi wantia hari ini

tapi,
kenapa kau muncul saat aku
mulai melupakan kisah kita
kenapa kau tuntut cintaku lagi

cukuplah,
aku kau lukai,
jangan biarkan sahabatku juga kau lukai
benar kau kecewa
tapi hati ini lebih kecewa
seandaianya kau kecewakan sahabatku juga...

pergilah...
biarkan aku sendiri 
antara kita hanya ada memori
dan memori itu
 hanya satu takdir persinggahan 
dalam hidup ini..

jangan tuntut cinta itu
kerana cinta kau ciptakan
sudah aku buang bersama biasan semalam............