aku ingin menjadi pendidik,
kepada anak bangsa
bukan kerana kerjaya semata- mata
tapi atas rasa tanggungjawab pada mereka
aku ingin menjadi pendidik,
agar anak bangsa kenal erti hidup
agar mereka tahu kehidupan tidak berakhir
dengan hanya satu kegagalan
disini aku mengorak langkah,
bermula disini
aku kenali ramai pelajar bermasalah
simpati menguasai diri
alangkah jauhnya arah tuju pelajar ini
sehingga tidak tahu
pekara buruk dan baik
saat aku merenung mata mereka
mereka ingin berjaya namun
tidak tahu caranya,
hanya yang mereka tahu
berhibur dan bebas
untuk menghilangkan tekanan
ku hulurkan bantuan seikhlas hati agar
masa depan mereka tidak hancur
tidak musnah di tengah perjalanan
ya allah...
bantulah hambamu ini,
melindungi dan mendidik mereka
agar berjaya hingga akhirnya..
No comments:
Post a Comment