t=_blank>glitter-graphics.com

Thursday, January 13, 2011

assalammualaikum semua.....


apa pendapat korang pasal CINTA???,semua orang ada pendapat masing-masing pasal perkataan ni...
tapi kat sini aku nak kongsi satu cerita...tapi korang jangan bimbing,cerita ni tak panjang sebabnya aku dah jadikannya sebuah puisi....ciptaan sendiri tau....aku harap korang dapat memahaminya...tajuk puisi ni...???

CERITA SEORANG GADIS

Dia seorang gadis,
yang tidak pernah jemu meminta,
dan tidak pernah bosan berdoa,
demi orang yang dikasihinya.


Dia seorang gadis,
yang kudus, suci, dan ikhlas hatinya,
dalam mencari hala tuju hidupnya,
walaupun terpaksa menempuhi segala pancaroba dunia.


Tiba-tiba hatinya digamit,
digamit oleh sebuah perasaan,
yang bertandang dihatinya,
perasaan yang menuntut sebuah ketabahan.


Dia sendiri tidak menyedari,
saat bila perasaan itu mulai menghuni hatinya,
perasaan ingin dikasihi,
ingin dicintai oleh sebuah hati.


Dia ingin sekali,
bertakhta disebuah hati yang menanti,
namun,
di saat mula membaja cinta,
dugaan demi dugaan datang menguji,
menuntut sebuah pengorbanan.


Di saat ia mula menanti dengan tulus,
perjalanan hidupnya diuji,
diuji dengan pelbagai dugaan
yang amat memeritkan hati dan nalurinya.


Kesuciannya diragut,
hatinya dirobek tanpa belas,
lalu,
seri wajahnya hilang...
bersama penderitaan yang dilalui
akhirnya dia menuju ke destinasi terakhir...


Dikala imannya semakin rapuh,
NUR HIDAYAH datang padanya,
andai dulu dia derita namun kini, 
dia mampu tersenyum
kerana disaat dia menderita,
masih ada insan yang menyayanginya.


CINTAnya pada sang jejaka,
semakin bertambah, seandainya sehelai demi sehelai lembaran Al-Quran 
dibaca dan dihayati isinya,
kerana dia tahu cintannya ikhlas walaupun seribu tahun menanti.


Akhirnya,
di saat penantiannya kian berakhir,
dia pergi meninggalkan orang yang mengasihinya..
kerana dia lebih DIKASIHI ALLAH S.W.T.

by: CITRA NOHANA

mungkin puisi ni takdelah sehebat puisi yang selalu korang dengar dan baca, puisi terilham daripada sebuah cerita cinta.Puisi ni hanya untuk meningatkan kita semua tidak semuanya cinta kepada manusia itu kita miliki,allahualam...

5 comments:

  1. huhuhu.. cedeynya~.. pandai siti buat puisi.. ader bakat nie...

    ReplyDelete
  2. thank you....bolehlah berbakat sedikit..kitaran kihidupan kita ni bolehkita jadikan puisi juga...

    ReplyDelete
  3. thank you...hobi mengarang puisi ni dari kecil lagi tapi ada banyak kelemahan lagi...

    ReplyDelete
  4. so nice:-)
    huhuhu..terkena di jiwa..

    ReplyDelete
  5. hebatnya cinta,kalau cinta itu diberi maksud sebenar....tapi cinta akan menjadi kejam kalau diberi pengertian yang salah...(cinta sesama manusia)

    ReplyDelete