t=_blank>glitter-graphics.com

Sunday, January 30, 2011

about love 3



salam persahabatan..salam impian..salam salaman....

hari tu CITRA dah cerita tentang CINTA & KASIH SAYANG kepada ALLAH S.W.T dan RASULLULLAH S.A.W...

sekarang CITRA nak bagitahu tentang CINTA & KASIH SAYANG kepada ibu bapa...
pernah dengar tak lagu aris ariwatan...

kalau tak pernah apakata dengar-dengarkan...dengan lagu ni kita dah boleh tahu makna CINTA & KASIH SAYANG...kalau kita hayati setiap bait-baitnya sudah mampu memberi erti yang besar....



lagu ni sedap dan penuh moral...malah sentiasa mengingatkan kita..kalau seorang anak kecil boleh menyukai lagu ni, kenapa tidak kita yang faham dan mengerti....
CITRA tak nak cerita panjang lebar cuma,dengarkanlah lagu ni...kawan-kawan semua akan faham tentang CINTA & KASIH SAYANG kepada ibu bapa..
CITRA ingat lagi,masa zaman kanak-kanak CITRA,nak pergi sekolah tabika,mak kejut dan temankan malah nak mandi pun emak mandikan...sebijilah cam lagu Aris ariwatan ni....ayah pula dulu seorang nelayan,pagi-pagi dah cari rezeki ke sungai...bukan pagi selepas subuh tu la ayah ke sungai untuk mencari sesuap nasi....bila CITRA kenangkan balik cukup ke nanti tenaga dan titik peluh CITRA untuk mereka...sebabnya,biar berjuta pun kita beri wang dan harta benda..namun tenaga dan kepayahan mereka menjaga kita tidak mampu diganti...tak akan terganti..CITRA bersyukur dilahirkan dalam keluarga CITRA,anda bagaimana????...kalau ada masalah jangan lari dari rumah,jangan mengadu pada orang lain, hadapi masalah akan menjadikan kita berani....tidak ada ibu bapa membenci anak-anak mereka...
Dulu masa CITRA masih dibawah umur dan bak kata orang "baru setahun jagung" CITRA selalu rasa emak lebih sayangkan adik daripada CITRA,masa tu CITRA rasa mak tak adil...tapi bila CITRA dah sambung study jauh dari pandangan..baru CITRA sedar mak sangat menyayangi CITRA, setiap masa "call" tanya keadaan dan pastikan CITRA selamat,ayah pula seorang pendiam tapi CITRA tahu,setiap masa ayah mendoakan kesejahteraan CITRA di temapt orang....kalau anda rasa anda rasa anda tidak dilahirkan dalam keluarga yang mewah atau selesa jangan sesalinya dan jangan prejudis,sebab kerana ingin menjaga kebajikan kita ibu bapa terpaksa mengorbankan masa dan tenaga untuk mencari sesuap nasi....
CITRA ceritakan tentang kisah CITRA sebab nak kita semua sedar,CINTA & KASIH SAYANG IBU BAPA serta KELUARGA lebih berharga dari harta dunia....
kalau nak buat sesuatu pekara fikirkanlah mereka dahulu...jangan bertindak terburu....
satu kata-kata yang selau bermain difikiran CITRA, "kenapa mengikut hati,kalau kita ada otak untuk berfikir"

Ermmm....nak nangis rasanya bila cerita tentang mak ayah...dah setahun CITRA tak balik kampung,apa agaknya keadaan mereka di sana...bila hari raya CITRA tak dapat beraya dengan mereka,tu pun dah 2 tahun....kalau nak tahu CITRA ni depan kawan-kawan CITRA tak nangis..tapi bila bersendirian masa tulah CITRA sedih dan nangis...lagi satu masa tu jugalah CITRA mendapat ilham untuk berpuisi...sekarang nni pun CITRA nak nukilankan satu puisi untuk mak dan ayah CITRA...walaupun mereka tak tahu membaca dan tak berpendidikan..tapi mereka mampu memberikan CITRA pendidikan sehingga ke hari ini...itu lah HARGA CINTA DAN KASIH SAYANG MEREKA...


tajuk: HARGA CINTA DAN KASIH SAYANG MU(ena&ama :ibu & ayah)

.ENA,AMA..
terima kasih kerana melahirkanku...
terima kasih kerana memberikan aku kasih sayang
seperti lautan dan hujan yang turun...
sehingga aku merasakan kasihmu yang melimpah ruah
di setiap perjalanan hidupku...

.ENA,AMA..
terima kasih kerana memberikan aku kehidupan...
keranamu anak mampu ke menara gading...
keranamu aku menjadi insan dan
kerana mu aku dapat merasai apa itu CINTA & KASIH...

ENA',AMA'...
bertuahnya anakmu ini dilahirkan berbintikan nama ama..
beribukan seorang ena yang sangat mengambil berat
sesungguhnya CINTA & KASIH SAYANG MU
tiada nilai taranya...

.ENA',AMA'.
setiap langkah dan perjalananku
adalah untuk memberi kebahagiaanmu
walaupun hasilnya tidak setanding pengorbanan mu dahulu,
asalkan aku dapat melihat segaris senyuman di wajah mu...

.ENA',AMA'..
ketika aku mencipta puisi ini
aku membayangkan wajahmu..
merindukan saat-saat bersamamu sejak kecil dan hingga kini..
malah air mata ku mengalir kerana merindui kalian di sana...

ENA',AMA'...
anakmu ini tidak sabar untuk pulang
memeluk tubuhmu dengan erat,
menjaga makan minummu
bercerita tentang kehidupan di sini...

ENA',AMA'...
maafkan anakmu ini,
sekiranya sepanjang hayat ini,
aku sering menyusahkanmu,
memberikan kerisauan dan keresahan padamu...
maafkan aku,
seringkali merahsiakan sakit dan demamku di sini..
bukan niat untuk melupakanmu,
tetapi tidak mahu menambah beban kerisauan pada hati mu...

ENA,AMA...
terima kasih kerana KASIH SAYANGMU..
kerana KASIH SAYANGMU
aku mamapu merangkap puisi
HARGA CINTA & KASIH SAYANG....
sesungguhnya dengan puisi ini,
aku ingin mengatakan pada seluruh dunia
betapa hebatnya CINTA & KASIH SAYANGMU...

ENA,AMA..
HARGA KASIH & SAYANGMU..
lebih tinggi dari ,
gunung-gunung di dunia ini...
lebih tinggi dari,
menara-menara yang di bina
lebih indah dari,
istana-istana di dunia ini,
malah CINTA & KASIH SAYANGMU
Lebih agung jika dibandingkan dengan
cinta shah jehan untuk mumtaznya....

ENA,AMA
CINTA & KASIH SAYANGMU..
umpama cahaya matahari yang menyinari bumi..
umpama bintang yang mengindahkan langit dan malam
umpama bulan menemani bintang...
kau ibuku....
MUAH BINTI DAWANG...
dan kau ayahku,
GAMA BIN SIAPAH...
aku bangga menjadi anakmu ,
iaitu, SITI AZIZA BINTI GAMA...

nukilan terindah: CITRA NOHANA

No comments:

Post a Comment