t=_blank>glitter-graphics.com

Sunday, November 27, 2011

siapa aku????

bukan mudah menjadi pemimpin..
meminta kepercayaan semua
menjadi contoh dan teladan yang baik..
mampukah diri ini menjadi pemimpin yang baik

25 nov 2011

begitu pantas masa berlalu,
begitu cepat jantung ini berdegup
merasakan diri ini kerdil,
dalam keyakinan yang masih berbelah bahagi
hati masih tertnaya-tanya hingga ke hari ini
mampukah aku menjadi pemimpin yang baik kepada semua
rakan-rakan dan sahabat handai,
setiap kali memikirkannya,
aku sering kali hilang keyakinan
dan rasa ngeri dan takut
sekiranya aku tidak dapat menunaikan tanggungjawab itu
aku menyoal diri setiap malam bolehkah aku berdiri teguh,
menahan serangan dan kritikan,
mampukah aku berdiri menegakan kebenaran
bila aku cuba memejamkan mata,
terbayang oleh ku tentang keupayaan diri
adakah aku ibarat sebatang lidi yang mudah dipatahkan
atau adakah aku ibarat sebatang pokok kelapa yang tetap berdiri tegak
bila ditiup angin dan taufan..
bila aku mencelikan mata memandang pada semua
aku dapat merasakan kepercayaan yang mereka berikan kepadaku
hanya dengan kekuatan itu,
aku mendapat keyakinan
dan hanya kerana mereka,
aku akan berdiri dan teguh
seteguh karang dilaut..

by:citra nohana

No comments:

Post a Comment