t=_blank>glitter-graphics.com

Friday, April 8, 2011

puisi untukmu



memandangmu aku gembira,
melihatmu aku tersenyum,
merenungmu mengkhayalkanku,

namun,
kau tidak pernah memandang aku di sisimu
sentiasa memandang ke arah lain
sehingga aku tidak kau sedari,

kita terlalu hampir,
tapi aku tidak bisa menghampirimu,
hanya setapak beza antara kita,
tapi ku rasakan terlalu jauh

ketika aku menghampirimu
kau pergi ke arahnya,
tidak sedikit pun kau berpaling
melihat aku di belakangmu

melihatmu pergi
aku menangis di dalam hati,
hanya hatiku mampu berkata
kau hadir bukan untukku
dan aku hadir sebagai
hanya pelengkasp putaran hidupmu.

kalau kau tahu perasaanku
tapi aku tak meminta kau tahu
kerana aku takut kehilanganu
tidak dapat memadang,
merenung,memerhatimu seperti dulu..

biarlah masa berlalu
dan kau menjadi pohon redup
sentiasa melindungimu
semoga kau bahagia bersama
insan yang kau cinta
allah tahu siapa yang terbaik untukmu...

by: CITRA NOHANA

1 comment:

  1. kalau ada sesiapa memahaminya dia akan tahu siapa..........

    ReplyDelete