t=_blank>glitter-graphics.com

Saturday, January 15, 2011

hidup kita




Semua manusia akan menjalani susah senang dalam kehidupan di dunia ni...xde manusia yang x pernah rasa susah dalam kehidupan..tapi bila kita fikirkan semula susah senang tu adalah nikmat yang diberikan oleh allah..

Sebenarnya aku bercerita pasal rasa sulit dalam kehidupan ni sebab hari ni aku mempelajari sesuatu yang baru dalam kehidupan aku. Pertamanya ialah semasa menjalani latihan taekwando pagi tadi...latihan yang diberikan memang meletihkan dan memenatkan rasa susah kerana.bila tubuh daha lama tak bersenam akan rasa sesak nafas dan rasa nak pitam. tapi bila difikirkan kembali semua rasa susah tu datang dari diri kita sendiri, kenapa kita tak bersenam dan menjaga kesihatan kita, dah tu perut pun kosong memanglah nak rasa pitam..tapi apapun bukan aku lah..ok ada makhluk allah tu...tapi aku sendiri pun terseluih tadi tapi xdelah teruk sangat..
 keduanya ialah, masa mesyuarat AGM PERT tadi, yang sebenarnya rahsia tapi bila kita berada dalam satu organisasi mseti kita akan menghadapi masalah antara pihak yang di atas dan yang pihak yang berada dibawah...rasa susah hati takut program tak berjalan dengan lancar dan orang akan pandan serong dengan persatuan..tu pun salah satu rasa susah..
Ketiganya pula ialah, duit. alahai inilah sebenarnya masalah yang akan kita hadapi sepanjang hidup, tak kisahlah kita ni pelajar, penjawat awam, berstatus bujang atau sudah berkahwin kita akan menghadai masalah duit. kemudian bila kita fikir pasal duit mesti kita rasa susah hati, dalam otak kita akan sentiasa berfikir, "bilalah nak masuk pinjaman ni, bilalah nak masuk gaji, bilalah hutang nak selesai, bilalah nak cukup duit, bilalah nak jadi kaya" semua persoalan ni akan membuat kita rasa susah, susuah di hati, susah di otak dan sebagainya...
Tetapi semua ini adalah dugaan, kalau kita tak rasa susah, asyik senang sahaja kita tentu tak ingatkan allah dan rasa susuah di masa hadapan...kerana rasa susah yang kita hadapi inilah akan mengajar kita erti mencari jalan penyelesaian, berpeganglah kepada satu kata-kata "TIADA MASALAH YANG TIDAK BOLEH DISELESAIKAN"

dan yang penting kita gembira menjalani hidup kita...

No comments:

Post a Comment