t=_blank>glitter-graphics.com

Sunday, January 23, 2011

ABOUT LOVE


salam semua.....korang mesti tak tahu makna ayat kat atas tu kan....ini adalah salah satu ayat daripada bahasa etnik CITRA, yang bermaksud :aku cinta padamu"@"i love you"...mungkin korang dah biasa dengar ayat-ayat camni..kat drama-drama cinta,novel-novel cinta, filem-filem cinta @ kat sms dari pakwe@makwe....xpun kat email, facebook..wahhh!!!!!bila dengar je ayat-ayat kermat ni hati rasa macam nak terbang je kan....terbuai-buai cam melayang-layang kat langit pula...rasa nak senyum je sepanjang hari,tambahan pula kalau orang yang ucapkan ayat-ayat ni adalah orang yang kita sayang xpun memang kita dah lama tunggu dia ucapkan....
CITRA tahu setiap manusia ingin menyayangi,ingin mencintai dan ingin disayangi dan dicintai....itu adalah fitrah kita..tak semestinya syang dan cinta tu untuk kekasih je tau, tapi rasa ingin disayangi ALLAH s.w.t, keluarga dan rakan-rakan....
CINTA & SAYANG itu besar dan banyak maknanya kawan-kawan....sekarang ni CITRA nak tanya pada korang semua yang sudah azalinya mempunyai perasaan-perasaan tersebut..APA MAKNA CINTA DAN SAYANG PADA KORANG...???????
CITRA tahu semua orang ada pendapat masing-masingkan.....jomlah berkongsi dengan CITRA...




korang semua mesti nak tahu apa pendapat CITRA kan.....namapun berkongsikan....CITRA takdelah pandai sangat tentang CINTA dan KASIH SAYANG ni...tapi kita ada pandangan dan pendapat kita sendiri..mungkin ada yang tak setuju..mungkin ada yang setuju tapi itu terpulang kepada hak masing-masing...
CINTA & KASIH SAYANG....bagi CITRA besar maknanya...kalau diayatkan atau ditulis pun tak akan habis dan tak akan cukup pun untuk kita merangkanya satu persatu...tapi CITRA akan cuba untuk memberikan seringkas yang boleh....
pertamanya ialah CINTA, kata ibu CITRA, CINTA itu ada bahagiannya..setiap bahagian ada fungsinya, ada baik dan buruknyan......bahagian yang pertama ialah CINTA kita kepada ALLAH s.w.t...yang satu dan esa...korang pernah merasai CINTA kepada ALLAH s.w.t?? pernah tak rasa CINTA ALLAH s.w.t diri kita....mungkin korang rasa ada dan mungkin korang rasa takde....cuba fikir balik kalau korang rasa tak pernah merasa CINTA ALLAH s.w.t kepada kita....sebenarnya CINTA ALLAH s.w.t sentiasa ada di sisi kita,dan sentiasa bersama dengan kita...cuma kita yang manusia ini semkin lupa dengan CINTA kita kepada ALLAH s.w.t.....CITRA masih ingiat salah satu lagu IN-TEAM iaitu damba kasih,ayat yang citra masih ingat ialah "semakin jauhku dari-mu semakin dekat pula kau menghampiri daku" semakin cuba ku dekati, semakin kuat pula kau mendugai aku" kawan-kawan semua sekuat mana pun dugaan yang kita hadapi sebenarnya itu adalah CINTA ALLAH kepada kita...



oleh itu,jangan sekali-kali kita berfikir ALLAH tidak CINTA DAN KASIH pada kita, sebenarnya kita yang sentiasa lupa CINTA KITA KEPADA ALLAH....CITRA xdelah pandai sangat mengenai agama..tapi kita perlu sering saling ingat-mengingati.....


Itu adalah pendapat CITRA tentang CINTA kepada yang maha pencipta...yang kedua ialah CINTA kepada RASULLLULLAH s.a.w...CINTA kita kepada RASULLULLAH....berapa banyak, bagaimana CINTA kita kepada RASULLULLAH....semalam CITRA dan kawan-kawan pergi melihat kemuncak pertandingan mencari murabbi...semua peserta menceritakan tentang kisah RASULLULAH penuh keyakinan dan mempunyai nilai-nilai keinsafan setiap kata-kata dan ceritanya.....betapa mereka cuba menghayati cerita dan kisah perjuangan RASULLULLAH s.a.w....bagaimana dengan kita????...
pada minggu pertama kuliah...iaitu hari khamis,CITRA ada kelas elektro mekanikal dan enjin petang tu....kursus mengenai enjin dan elektro....tapi siapa sangka pensyarah CITRA seorang yang begitu berpengetahuan bukan sahaja dari segi agama,malah bahasanya juga amat menginsafkan CITRA...dia bertanya kepada pelajar-pelajar yang kononnya bergelar mahasiswa universiti (termasuk CITRA) dalam kelas CITRA,sejauhmana CINTA kita kepada RASULLULAH...???masa tu kami hanya tersenyum...dan masing-masing senyap dan hanya berani berkata-kata di hati...kemudian pensyarah CITRA bertanya lagi...kalau kamu betul mencintai RASULLULAH, berapa orang isteri RASULLULAH,??...kami masih tersenyum..kerana kami tahu kami tidak tahu berapa orang isteri nabi,malah nama-mananya pun tidak semuanya kami tahu sikit bolehlah...korang tahu tak???....soalan terakhir pensyarah CITRA ialah apa nama kuda kesayangan RASULLULLAH???..dan kami hanya mampu berdiam.....dari awal kelas hingga ke akhir kelas..kami tidak dapat menjawab soalan-soalan tersebut..betapa kerdilnya kami ketika itu...CITRA bertanya pada diri sendiri...kenapa pekara-pekara kecil mengenai RASULLULAH s.a.w pun CITRA tak tahu....bagaimana dengan korang?????sehebat mana CINTA korang pada RASULLULAH s.a.w??????
itu pendapat CITRA tentang CINTA kepada ALLAH s.w.t & RASULLULLAH s.a.w....

CITRA dah bagi pendapat CITRA mengenai CINTA dan KASIH SAYANG ....tapi tu baru sikit....kalau nak cerita tentang CINTA kepada ALLAH s.w.t & RASULLULLAH s.a.w....bertanyalah kepada mereka-mereka yang tahu mencintai....

jangan ke mana-mana....CITRA akan sambung lagi "ABOUT LOVE"

2 comments:

  1. Lagu2 In-Team yang paling suka didengar masa menengah dulu.. ^^,

    ReplyDelete
  2. mengamit kenangan...lagu ni dinyanyikan masa pertandingan nasyid di surau..hihihi

    ReplyDelete