t=_blank>glitter-graphics.com

Friday, February 4, 2011

selamat hari lahir



sahabatku ini sentiasa tersenyum dan gembira,
telatah dan sandiwaranya menceriakan kami,
sahabatku ini tiada duka dan lara,
kerana dibibirnya sentiasa terukir sebuah senyuman
yang mekar menghiasi wajahnya yang manis,
sahabatku ini ceria orangnya...
kalau marah pun jarang sekali
dan seingat-ingatku,
belum pernah lagi aku melihatnya marah seperti singa atau harimau
kerana dia tidak pernah membiarkan hatinya marah
malah sentiasa senyum dan ceria...
sahabatku ini,jarang sekali menceritakan isi hatinya,
tidak pernah menceritakan derita atau dukanya
kerana dia tidak mahu sahabat-sahabatnya sedih,
sahabatku ini pandai menceriakan orang disekelilingnya
walau dengan sepatah perkataan,
pasti akan menceriakan dan melucukan
sahabatku ini anak kesayangan keluarganya...
bukan kerana dia anak bongsu,tetapi
tingkahlakunya yang mencuit hati..
hari ini adalah hari jadinya 5 febuari,
selamat hari jadi yang ke-22 tahun
kau umpama lilin dihati kami,
kalaupun suatu hari kita berpisah,
lilin ini akan sentiasa menyala dihati kami,
walaupun ia padam namun,
keceriaanmu menjadi ganti
lilin dihati kami...
suatu hari nanti,kau akan menjadi pendidik
didiklah anak-anak muridmu
dengan rasa gembira dan ceria
terangilah mereka seperti kau menerangi
hidup keluarga dan sahabat-sahabatmu...

p/s:sya izati selamat hari lahir..kalau ada perkataan  yang menguris hati jangan marah nanti tak comel...
  dari CITRA to SYA IZATI...


by:CITRA NOHANA

2 comments:

  1. nnt bufday kau aku wat puisi juga ok...klu ble semua kwn2 aku,aku mau buat puis..klu x sbuk....boleh ka aku jadi seorang penyajak yang baik?????

    ReplyDelete