t=_blank>glitter-graphics.com

Tuesday, February 1, 2011

ABOUT LOVE 4




salam semua sahabat-sahabat CITRA,sihat hati dan minda?sihat fizikal dan jiwa?

Hari tu,CITRA dah ceritakan tentang HARGA CINTA & KASIH SAYANG kepada kedua ibu bapa kitakan.
Hari ni citra nak bercerita tentang CINTA kepada sesama kita,maksudnya.ermmm..mencintai orang lain selain daripada family kita...hah..yang ni mesti korang suka...cinta kepada si dia,cinta kepada sipakwe/makwe,gf/bf,..tapi sebenarnya cinta kepada manusia ni banyak bahagian juga...cinta kita kepada sahabat,pun cinta juga...CITRA dah cakap bila kita huraiakan cerita tentang cinta memakan masa yang lama...sebabnya cinta itu banyak bahagiannya dan terlalu banyak untuk dihuraikan dan dijelaskan....pendapat CITRA lah...

Tapi,cinta boleh dijelaskan melalui puisi..ingat lagi tak dengan puisi CITRA yang bertajuk KAWAN...
melalui puisi tu CITRA ceritakan tentang CINTA kepada sahabat kita..ada banyak lagi puisi tentang sahabat insyallah CITRA akan publish kat blog ni...

Sekarang kita Bercerita tentang CINTA ,apa yang dikatakan CINTA nafsu dan apa yang dikatakan CINTA sampai syurga...Pernah merasai kedua-dua cinta ni???jangan jawab sekarang jawab selepas baca ok...

CITRA tahu,dan sedar CITRA bukan pakar dalam agama dan hukum-hukumnya...malah CITRA tak nak berlagak CITRA tahu kesemuanya..tapi ini pendapat CITRA tentang CINTA NAFSU....terus terang kita tidak lepas dari pada CINTA ini walaupun katakan kita bercinta penuh dengan CINTA sampai SYURGA...

CINTA NAFSU,bagi citra ialah cinta bukan berasaskan kasih yang suci,memang kita merasa sayang kepada pasangan kita tapi bagaimana kita menunjukkan perasaan sayang tu...
kerana ingin menunjukkan rasa sayang itulah kita terbabas..biarlah CITRA bagi sesuatu yang ringkas sahaja...berpegangan tangan,berpelukan,dan sebagainya..inilah yang CITRA maksudkan dengan CINTA NAFSU....cinta yang perlu dibuktikan dengan perbuatan dan perlakuan...maafkan CITRA kalau ada yang tidak bersetuju..tapi setiap manusia ada pendapat masing-masing..CITRA hormati pendapat orang lain....kalau ada yang tidak bersetuju dengan pendapat CITRA, kongsikan pada CITRA...
bila bercinta kita terbuai dengan perasaan,mengikut kehendak hati yang ingin dibelai dan dimanja...
kerana mengikut kehendak dan perasaan itulah kita telah menjebakkan diri dengan CINTA NAFSU...
secara ringkasnya ialah CINTA NAFSU ialah CINTA yang perlu dibuktikan dengan perlakuan...
CITRA ingin bertanya, perlukah kita berpegangan tangan untuk membuktikan cinta kita?kenapa?
perlukah kita berpeluk-pelukan untuk membuktikan cinta kita?kenapa?
dan perlukah kita berzina bersetubuh untuk membuktikan cinta kita?kenapa?
CITRA terfikir,kalau CINTA ini perlu dibuktikan dengan sebegitu rupa..kenapa kita tidak membuktikan cinta kita kepada ALLAH S.W.T&RASULLULLAH S.A.W...
jangan menipu diri sendiri dengan mengatakan kita lebih cinta kepada ALLAH S.W.T&RASULLULLAH S.A.W..lebih daripada kekasih kita...
fikirkanlah sahabat-sahabat...CITRA juga turut merasakan apa yang anda rasa pada saat ini....
kerana mengagungkan CINTA NAFSU,banyak bayi-bayi tidak berdosa mati
kerana CINTA NAFSU,
kerana terlalu mengikut kehandak dan perasaan CINTA NAFSU,
ramai gadis-gadis hilang kesucian, maksiat dan zina dimana-mana...

fikirkanlah dari mana mulanya kejadian-kejadian ini..dari matakah?dari tangankah atau dari hatikah???

maafkan CITRA, kalau ada perkataan yang menguris hati dan terluka...CITRA ingin berkongsi dan mengingati diri sendiri dan anda..bukan sengaja tapi sebenarnya harus......

kalau ada silap dan salah hamba memohon sejuta kemaafan...

No comments:

Post a Comment